Tuntut mayat: Permohonan keluarga Mohan Singh ditolak

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga Mohan Singh untuk menuntut mayat Pengarah Seni bebas itu yang disimpan di Hospital Sungai Buloh.

Pada 4 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendapat hak untuk menguruskan mayat Mohan atau nama Islamnya, Mohammad Hazzerry Mohan Abdullah.

Dia meninggal dunia pada 25 Mei lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Damansara Damai, Petaling Jaya. Mayatnya disimpan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh sejak dia meninggal dunia sementara menunggu Mahkamah Tinggi Syariah membuat keputusan berhubung status agamanya ketika dia meninggal dunia.

Berdasarkan bukti dokumentasi, Mohammad Hazzerry atau nama sebenarnya Mohan Singh a/l Janto Singh didapati memeluk agama Islam pada 11 Ogos 1992 di Pulau Pinang dipercayai tanpa pengetahuan keluarganya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan