PAS harap DAP Kedah akan rujuk semula

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sambil menganggap kerajaan Pakatan Rakyat Kedah "lebih baik berbanding Singapura", Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin DAP Kedah akan kembali kepada ikatan pembangkang itu kelak.

"Saya berharap DAP (Kedah) akan kembali kepada Pakatan Rakyat satu hari nanti," kata beliau sambil menambah, diharap ia akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.

"Harap dia (DAP) akan melihat kepada agenda (Pakatan Rakyat) yang lebih luas, lebih besar... menarik balik keputusan untuk keluar Pakatan," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah ketika dihubungi mStar Online.

Mahfuz menyatakan pendirian ini ketika diminta mengulas perkembangan semasa krisis Pakatan Rakyat Kedah.

Pada Rabu lalu, DAP Kedah memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat ekoran siri masalah yang belum menemui penyelesaian termasuk tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Setar.

Usaha sedang dijalankan di beberapa peringkat untuk menyelesaikan kemelut ini, yang telah disifatkan oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebagai "krisis kepercayaan" kali kedua membabitkan Pakatan Rakyat.

DAP hanya mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Menteri Besar Kedah adalah dari PAS, satu lagi komponen Pakatan.

Ketika ditanya sama ada PAS menyalahkan kepimpinan DAP negeri yang memutuskan untuk keluar Pakatan, Mahfuz berkata, "PAS tidak menyalahkan DAP tetapi tindakan DAP khususnya Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah dan Perlis) adalah tidak wajar kerana memberi gambaran wujudnya isu perkauman."

"Ini bukan isu perkauman. Saya rasa kerajaan Pakatan Rakyat Kedah adalah lebih baik daripada kerajaan Singapura.

"Saya kira kerajaan Pakatan Rakyat Kedah adalah lebih baik daripada Singapura, orang bukan Islam boleh bela babi... cuba tunjuk di Singapura, tak boleh bela babi di Singapura," kata Mahfuz sambil mempertahankan keputusan dirobohkan pusat penyembelihan atas alasan kerajaan negeri sudah memberikan lokasi alternatif.

Katanya, lokasi yang dirobohkan Rabu lalu bukan satu-satunya sahaja pusat penyembelihan di Kedah.

"Ada beberapa pusat (penyembelihan) yang lain. Jadi saya percaya bekalan daging babi cukup... bukan nak tutup (pusat) tetapi cuma hendak pindahkan," katanya.

Sehubungan itu, kata Mahfuz, kenyataan-kenyataan Su termasuk mengatakan ada kuil dan tokong akan dirobohkan merupakan kenyataan-kenyataan meniup sentimen tidak sihat.

"Kenyataan-kenyataan itu adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh Thomas Su," katanya.

THOMAS SU NAFI

Dalam pada, Su ketika dihubungi menafikan kecaman bahawa beliau meniupkan sentimen perkauman dengan mendedahkan ada kuil dan tokong akan dirobhkan.

"Mereka katakan saya meniupkan sentimen perkauman... ini tidak benar.

"Saya ada bukti yang ada kuil dan tokong hendak dirobohkan. Notis sudah dikeluarkan, kalau hendak bukti saya boleh kemukakan, saya ada bukti," kata beliau.

Kelmarin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemimpin DAP sengaja hendak membangkitkan sentimen perkauman di sebalik krisis politik di Kedah.

Mengenai tempat alternatif bagi pusat penyembelihan, Su berkata, sekarang kerajaan negeri mengatakan ada tujuh lokasi yang dicadangkan.

"Sekarang mereka kata ada tujuh lokasi... mana lokasi itu... berikan nama lokasi. Bila saya berjumpa dengan Exco yang bertanggungjawab atas soal kerajaan tempatan minggu lalu selama dua jam, mereka tidak memberikan apa-apa maklumat walaupun ditanya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan