Pantauan akan dipergiat di Taman Sinar Harapan elak perkara berulang

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan sama-sama memainkan peranan untuk memastikan penghuni Taman Sinar Harapan mendapat layanan yang sepatutnya.

Sebagai permulaan, Jabatan kebajikan mencadangkan kepada Kementerian supaya pantauan dilakukan dengan lebih kerap lagi di institusi kebajikan itu supaya kejadian yang sama tidak berulang.

"Sudah ada kerjasama daripada pihak Kementerian dan Jabatan," kata Timbalan pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Halijah Yahaya.

"Di bawah peraturan ordinal kesihatan mental, tanggungjawab terhadap masalah yang melibatkan kesihatan mental terletak di bawah kuasa Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, pihak kementerian ada menyediakan bantuan psikiatri dan doktor di institusi kebajikan itu.

"Tetapi yang lebih penting ialah pemantauan mesti dilakukan secara berterusan... bukan sebulan sekali, tapi seminggu sekali," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, menurut pakar undang-undang layanan yang diterima oleh penghuni di Taman Sinar Harapan itu adalah melanggar hak-hak mereka sebagai individu dan juga undang-undang antarabangsa.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penghuni di rumah itu yang disahkan menghadapi masalah mental akan dipindahkan ke wad psikiatri hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan.

Beliau menjelaskan bahawa beliau sudah mengarahkan pegawainya supaya melawat rumah kebajikan di Kuala Kubu Baru itu untuk memeriksa pesakit yang perlu dipindahkan.

"Pesakit yang dikenal pasti itu akan dipindahkan ke wad psikiatri di hospital kerajaan... mereka tidak boleh terus tinggal di Taman Sinar Harapan,"

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementeriannya untuk membuat laporan penuh berhubung isu itu.

"Saya baca artikel tersebut dan saya sendiri sudah pun mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk membuat laporan penuh berhubung dengan perkara tersebut," jelasnya apabila ditanya mengenai isu Taman Sinar Harian yang didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Menurut Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subaramaniam, pihaknya akan membuat lawatan ke tempat itu berhubung dengan aduan orang ramai tentang layanan yang buruk yang diterima penghuni rumah tersebut.

"Setiap individu berhak mendapat layanan yang sama, termasuklah mereka yang mengalami masalah kesihatan mental," katanya ketika mengulas mengenai situasi penghuni di Taman Sinar Harapan.

"Ada kanak-kanak yang dipaksa untuk minum ubat batuk supaya mereka patuh pada arahan... ini adalah sangat memeranjatkan kerana mereka (kanak-kanak) sepatutnya perlukan penjagaan yang lebih baik," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan