Najib: KRA, KPI nasional diumum waktu terdekat

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengumumkan Bidang Keputusan Utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional dalam waktu terdekat.

Justeru kata beliau, ia akan menjadi satu kaedah pembaharuan dalam cara mentadbir negara.

"Pendekatan ini akan memberi nafas baru dalam usaha membawa negara ke tahap yang lebih berjaya," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini 8 pagi tadi.

Bagaimanapun Najib berkata, beliau tidak bercadang untuk menghuraikan apa yang termaktub sebagai KRA dan KPI, yang akan menjadi kaedah pembaharuan dalam cara untuk mentadbir negara, hari ini.

Difahamkan KRA dan KPI akan diumumkan menjelang 100 hari pertama pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Sementara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mahu hubungan antara anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam secara keseluruhan diperkukuhkan demi faedah rakyat dan negara.

"Selain daripada perkongsian antara sektor awam dan swasta, satu lagi perkongsian yang penting adalah antara anggota-anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam.

"Saya ingin menekankan semula betapa pentingnya perkongsian ini. Tidak mungkin agenda kerajaan atau pentadbiran saya dapat dijayakan kalau perkongsian ini tidak merupakan satu hubungan yang nyata," katanya.

"Saya harap perkongsian dan hubungan ini tidak merupakan hubungan formal sahaja, di antara menteri dengan Ketua Setiausaha Negara atau Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai tinggi dan sebagainya tetapi lebih daripada itu.

"Itulah kemuncak kepada hubungan di antara perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan.

"Ini bukan sekadar mengenai menang pilihan raya umum akan datang, tapi jangan bagi kita kalah, ia lebih daripada itu. Ia mengenai transformasi, mentransformasikan Malaysia," katanya.

Beliau berharap kakitangan kerajaan dapat memberi komitmen dalam usaha memperkukuh hubungan itu yang bukan hanya secara formal malah perlu melalui rohani dan emosi.

Katanya, pendekatan yang dibawa beliau adalah untuk memastikan negara melalui satu transformasi, bukan semata-mata pembaharuan.

"Pembaharuan boleh jadi dangkal atau berdikit-dikit tetapi transformasi adalah lebih holistik dan menyeluruh," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan