Krisis Pakatan Kedah: DAP timbang formula 3 perkara

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertimbangkan formula tiga perkara untuk menyelesaikan krisis politik Pakatan Rakyat ekoran tindakan DAP Kedah memutuskan untuk keluar ikatan pembangkang itu Rabu lalu.

Salah satu perkara menurut Lim ialah menyelesaikan kesemua aduan tertunggak iaitu kuota 50 peratus projek perumahan bagi bumiputera, kontroversi pusat Buddha di Kedah, pasar menjual babi di Alor Setar, tindakan meroboh kuil dan tokong dan sebagainya.

Selain itu beliau juga mahu sebuah jawatankuasa perantara yang diketuai oleh bekas Timbalan Menteri Pertanian, Dr. Goh Cheng Teik ditubuhkan.

"Saya telah bercakap dengan Dr. Goh dan beliau bersetuju jika jawatankuasa sedemikian ditubuhkan oleh kerajaan negeri," kata Lim dalam blognya semalam.

Selain itu, beliau juga mengesyorkan mekanisme penyelesaian kesemua isu, masalah dan kontroversi yang tercetus dibentuk.

"Krisis Pakatan Rakyat Kedah adalah wajar diselesaikan di peringkat negeri Kedah, di mana saya mengatakan pada majlis dialog umum malam tadi (kelmarin) bahawa saya bersedia untuk menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan malah saya bersedia untuk menemui beliau hari ini (semalam).

"Ini telah dimaklumkan kepada Azizan malam tadi (kelmarin)," kata beliau yang turut mengadakan pertemuan 90 minit dengan pemimpin DAP Kedah di Alor Setar kelmarin.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dijangka bertemu minggu ini bagi membincangkan keputusan DAP Kedah.

CEC perlu memperakui keputusan DAP Kedah.

Semalam Lim berkata, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar Pakatan Rakyat.

"Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu, mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira... apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP negeri keluar dari Pakatan kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan