Kerajaan Pulau Pinang perlu selesaikan isu Kg. Buah Pala

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang memandangkan hal ehwal tanah tertakluk di bawah pentadbiran kerajaan negeri, kata Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sehubungan itu Perdana Menteri menegaskan, jika kerajaan Persekutuan campur tangan dalam hal tersebut, ia akan menjadi teladan kepada kes-kes yang serupa di negeri-negeri lain.

"Tanah adalah hal negeri. Jika kita campur tangan, ia akan menjadi kes teladan yang besar kepada kes-kes lain dan kita juga akan diminta untuk campur tangan dalam kes-kes lain juga," kata beliau yang juga Menteri Kewangan selepas majlis pecah tanah menara pejabat 50 tingkat Kumpulan Naza di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri bagi meminta bantuan daripada kerajaan Pusat agar mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala.

Lim berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju membangunkan kawasan itu.

Bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka.

Sementara itu, berhubung langkah-langkah liberalisasi yang dilaksanakan kerajaan, Najib berkata, kerajaan akan melihat perkembangan langkah itu dan membina kekuatan untuk bersaing.

Beliau berkata, apa yang dilakukan kerajaan sekarang adalah menyelaraskan polisi dan menjadikannya lebih sesuai dengan iklim ekonomi negara ini.

"Selain itu, kita mahu meletakkan Malaysia dalam ekonomi global yang baru dan memastikan kita dalam kedudukan yang baik bila ekonomi pulih kembali," katanya.

Najib berkata, dengan pendekatan yang menjadi sebahagian daripada Model Ekonomi Baru di negara ini termasuk penghapusan syarat-syarat Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), bantuan kerajaan akan lebih fokus kepada usahawan-usahawan bumiputera yang benar-benar ingin berjaya.

"Kalau bantuan itu kita tebar tanpa fokus kepada syarikat-syarikat untuk berjaya, maka bantuan itu sudah terbukti tidak ke mana," katanya.

Najib juga mahu usahawan bumiputera menjadikan pengasas Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri Nasimuddin SM Amin sebagai contoh yang bermula dengan modal dan bangunan untuk membina perniagaannya sehingga akhirnya dikenali sebagai salah sebuah syarikat konglomerat terbesar di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan