343 pengidap H1N1 telah sembuh - Liow

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jumlah pengidap Influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini yang telah sembuh ialah 343 orang berbanding 91 orang yang masih dirawat di hospital, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Jumlah yang telah sembuh ini adalah tinggi, meskipun berlaku peningkatan kes yang mendadak," katanya.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kontak yang sedang menjalani kuarantin berjumlah 1,016, namun tiada antara mereka yang mempunyai simptom H1N1.

Beliau berkata sebanyak 75 kes baru dilaporkan setakat 8 pagi tadi yang membabitkan 41 kes import dan 34 jangkitan tempatan.

Liow berkata sembilan daripada 34 kes jangkitan tempatan berlaku di kalangan peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik yang berlangsung di Pulau Pinang pada 27 hingga 30 Jun lepas.

Dengan 75 kes baru itu, menjadian keseluruhan kes yang dilaporkan di negara ini setakat ini sebanyak 434 kes, katanya. Sementara itu seramai empat pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin yang sedang dikuarantin disahkan positif H1N1, katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan