'Saya sudah tak terkejut, yakin kekalkan kerusi' - Fauzi

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah yang akan mewakili parti itu bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan sudah "bebas" daripada kejutan sambil yakin mampu mengekalkan kerusi itu minggu depan.

"Awalnya saya memang terkejut dipilih calon kerana saya tak sangka, tapi sekarang saya sudah sesuaikan diri selepas menemui penduduk sejak beberapa hari lalu," kata beliau yang dihubungi.

Fauzi diumumkan akan mewakili PAS pada 26 Jun lalu.

Fauzi yang disifatkan sebagai 'pemalu' dan mengelak liputan media sejak diumumkan sebagai calon.

Dalam temu bual ringkas diaturkan sekretariat pilihan raya PAS baru-baru ini, Fauzi berkata, beliau mahu meneruskan prestasi penyandang jawatan itu yang disifatkannya sebagai "selalu mendampingi dan dekat dengan penduduk tempatan."

"Pengundi di sini mahu wakil rakyat mereka bersama mereka, wakil rakyat yang mendampingi mereka... saya akan cuba lakukan apa telah diamalkan oleh Allahyarham Ismail," katanya apabila ditanya isu yang bakal dominasi pilihan raya kecil ini.

Katanya, beliau hanya mengadakan pertemuan dari rumah ke rumah untuk mengumpul sokongan.

"Kami belum adakan ceramah besar dan ceramah perdana... lebih kepada kunjungan rumah ke rumah," katanya mengenai strategi kempen beliau.

Mengenai majoriti, Fauzi berkata, berdasarkan kerjasama yang dibentuk beliau yakin akan keputusan lebih baik kali ini.

Penamaan calon pilihan raya kecil ini diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian dijadual 14 Julai. Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Selain itu Fauzi juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (NTD) Guchil, yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas penyandangnya, Ismail dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Fauzi juga Anggota Majlis Daerah Kuala Krai.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manik Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pemilihan Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan