ROS selesai siasat PPP - Murugiah

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah selesai menjalankan siasatan bagi menentukan presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah.

Sambil bertegas bahawa beliau adalah presiden yang sah, Murugiah berkata ROS hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan hasil siasatan itu.

"Saya belum terima sebarang pengesahan, tapi yakin ROS telah menyiapkan siasatan mereka dan saya akan beri lebih banyak masa kepada mereka (ROs) untuk membuat pengumuman sewajarnya," katanya kepada pemberita sebelum menerima kemasukan anggota baru parti itu di sini hari ini.

PPP, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN), dilanda krisis apabila Murugiah, yang merupakan anggota majlis tertinggi parti itu serta beberapa pemimpin lain, dipecat oleh lembaga disiplin PPP Mei lepas kerana didakwa mencemarkan nama baik parti itu.

Murugiah kemudian dipilih sebagai "presiden baru" PPP pada satu mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu di Putrajaya pada 24 Mei.

Murugiah berkata pemilihan beliau sebagai presiden dibuat mengikut perlembagaan parti dan beliau telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan bagi pengesahan ROS.

"Kami sedia menerima keputusan ROS dengan hati terbuka setelah mereka menjalankan penyiasatan," katanya.

Sementara itu, Murugiah berkata lawatannya ke sini mendapat sokongan 120 cawangan PPP di negeri ini, yang telah berjaya menarik 5,273 anggota baru.

"Kami menyasarkan golongan belia sebagai anggota baru dan sebelum ke sini, saya telah ke Johor, Perak serta Selangor bagi menerima semua anggota baru kami," katanya sambil menambah bahawa beliau akan melawat kesemua 13 negeri di Malaysia bagi menerima anggota baru PPP.

Beliau berkata parti itu telah berjaya menarik 10,124 anggota baru dari Johor, 10,700 dari Perak dan 14,000 dari Selangor. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan