PKR sambut baik kesudian Lim adakan perbincangan

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyambut baik kesudian Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mahu bertemu dengan pemimpin PKR bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit.

Beliau berkata, pertemuan seperti itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua pihak berbincang secara terbuka dan dari hati ke hati mengenai hubungan mereka.

Pemimpin PKR memang menantikan peluang untuk bersemuka dengan Ketua Menteri supaya mendapat penjelasan secara langsung mengenai dasar dan tindakan kerajaan negeri ketika ini, katanya kepada Bernama, di sini.

"Kesediaan Lim untuk bertemu dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen (MP) dari PKR di Pulau Pinang boleh memulihkan hubungan PKR dan DAP...saya ucap terima kasih," katanya.

Semalam, Lim menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan semua Adun dan MP dari PKR untuk berbincang mengenai masalah yang belum selesai.

Tindakan itu dibuat setelah hubungan antara PKR dan kerajaan negeri menghadapi masalah berikutan pemecatan ketua whip PKR, Johari Kassim sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana mengetuai pemulauan majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPSP yang baru, Mokhtar Mohd Jait, yang merupakan seorang penjawat awam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan