MCA bantah hasrat ambil alih pusat komuniti di Cheras

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri pakatan pembangkang di Selangor dilihat mengundang kemarahan rakyat jika terus merampas serta mengambil alih bangunan dan premis milik Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai dan NGO mengenai bangunan dan premis mereka dirampas dan diambilalih oleh kerajaan negeri.

"Kalau inilah budayanya (merampas bangunan dan premis NGO), saya kira tidak lama lagi kerajaan negeri yang zalim akan tumbang," katanya pada sidang media yang diadakan bagi membantah hasrat kerajaan negeri mengambil-alih Pusat Giat Komuniti Yayasan Bakti Nusa di Cheras dekat sini, hari ini.

Ong berkata walaupun kerajaan negeri memberikan alasan bahawa tanah premis itu merupakan hak milik kerajaan negeri, tetapi pusat-pusat itu dibina sama ada melalui peruntukan NGO atau melalui bantuan kerajaan pusat dengan tujuan untuk kepentingan dan kemudahan rakyat.

"Saya hendak tanya, dulu bila NGO ini mengadakan program kemasyarakatan untuk kemudahan rakyat, mana mereka (pembangkang)? Sekarang pula apabila semua tempat menjadi pusat tumpuan aktiviti rakyat, mereka sengaja nak rampas dengan alasan ia akhirnya akan diberi kepada rakyat juga," katanya.

Ong juga turut mempersoal pendirian kerajaan negeri mengenai pembangunan lapang sasar golf di kawasan riadah Pandan Perdana yang dahulunya dikritik hebat oleh pembangkang sebelum menerajui kerajaan negeri Selangor.

"Dahulu mereka tidak bersetuju apabila ia hendak dikomersilkan jadi lapang sasar untuk golf tetapi apabila memerintah, malah apa yang mereka kritik dahulu, sekarang mereka sanggup teruskan tanpa ketelusan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan