Manohara: Tengku Fakhry tuntut kembali setia, hutang RM972,750

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GAMBAR FAIL... Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di kampung Kota, Kota Bharu April lalu.
GAMBAR FAIL... Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di kampung Kota, Kota Bharu April lalu.

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry hari ini memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot.

Tuntutan hutang RM972,750 - wang yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal kembali setia pula difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Saman tuntutan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002.

Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty. Tuntutan difailkan melalui peguam Tengku Muhammad Fakhry, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari pukul 12 tengah hari tadi.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.

Zainul turut memfailkan permohonan interlokutori untuk memohon menyampaikan saman di luar bidang kuasa mahkamah kerana Manohara kini berada di Indonesia.

Terdapat empat cara saman tersebut boleh disampaikan iaitu secara kendiri dan kedua menggunakan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Cara ketiga ialah dengan mengiklankan saman tersebut dalam akhbar harian Indonesia dan yang terakhir menghantar saman dengan menggunakan pos berdaftar kepada defendan, kata Zainul.

Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.

Pasangan diraja itu berkahwin pada 26 Ogos 2008.

PINJAM WANG

Dalam tuntutan samannya, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa Manohara telah meminjam sejumlah wang untuk membeli jam tangan jenama Audemars Piguet bernilai RM174,000.

Plaintif mendakwa defendan turut meminjam wang berjumlah RM164, 500 untuk kegunaan peribadi Manohara atau ibunya sebelum pasangan diraja berkahwin.

Selain itu, plaintif turut mendakwa sepanjang tempoh perkahwinan mereka, defendan juga pernah meminjam wang daripada plaintif dengan tujuan untuk kegunaan peribadi defendan atau ibunya berjumlah RM634,250.

Menurut Zainul, sebelum ini Manohara telah diberikan tempoh hingga 2 Julai untuk kembali ke pangkuannya.

Bagaimanapun defendan telah membuat kenyataan pada satu sidang media di negaranya menyatakan dia enggan kembali.

Sebelum ini dilaporkan Tengku Muhammad Fakhry mengarahkan Manohara kembali taat kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang dituntut syarak dan tugas Cik Puan Temenggong Kelantan seperti diperakui undang-undang.

Manohara melarikan diri ke Indonesia ketika mengikut suaminya ke Singapura menziarahi Sultan Kelantan di Hospital Mt Elizabeth pada 1 Jun lalu.

Sekembalinya ke Indonesia, Manohara memberitahu media negara itu dia didera suaminya secara fizikal dan seksual sepanjang berada di negara ini.

TINDAKAN

Ketika ditanya apakah tindakan lanjut yang akan diambil terhadap defendan, Zainul berkata: "Untuk kes syariah, setakat ini itu sahaja. Kita lihat kepada respons."

"Kita akan serahkan saman kepada Manohara. Kita akan lihat Manohara datang atau tidak," katanya.

"Jika benar dia mempunyai pembelaan datanglah ke mahkamah pada 2 Ogos nanti dan beri persepsi beliau tentang supaya beliau diberi hak untuk mendengar kesnya," katanya.

Mengulas lanjut megenai isu berkenaan, Zainul berkata, plaintif dan defendan perlu hadir pada hari perbicaran.

"Jika pihak plaintif gagal atau enggan hadir setelah saman disampaikan mahkamah boleh menjalankan perbicaraan sebelah pihak sahaja," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan