Manek Urai: 1,588 polis peringkat fasa satu

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seramai 1,558 anggota polis yang diarahkan bertugas menjaga keselamatan dan keamanan perjalanan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai telah tiba untuk fasa pertama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anggota trafik juga telah diarahkan untuk mengawal laluan dan persimpangan utama di DUN berkenaan bagi mengelakkan adanya penyokong daripada parti pembangkang menyekat bas yang membawa penumpang atas dakwaan wujudnya pengundi hantu.

"Semua anggota polis sudah bersedia termasuk anggota trafik yang telah diberi taklimat khusus mengenai perjalanan trafik di DUN berkenaan yang dijangka sesak berikutan jalan yang sempit.

"Selain itu anggota trafik juga telah diarahkan untuk mengawal dan memastikan tiada insiden penyokong parti pembangkang menyekat bas kerana mendakwa membawa pengundi hantu," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Polis Kelantan mengenai perjalanan pilihan raya kecil DUN Manik Urai di sini hari ini.

Hishammuddin turut memberi jaminan kekuatan anggota pihak berkuasa yang ditempatkan untuk memantau dan menjaga keselamatan di kawasan itu adalah mencukupi sekiranya ada pihak tertentu yang cuba mencetuskan situasi huru hara.

"Kita beri jaminan kepada orang ramai kita punya kekuatan yang mencukupi untuk menjaga dan mengatasi sebarang kemungkinan. Melihat kepada 'trend' pilihan raya sebelum ini yang menyaksikan calon Umno berdepan dengan calon PAS, tidak ada kekecohan yang berlaku, yang sering berlaku bila Umno berdepan dengan calon PKR (Parti Keadilan Rakyat). Kalau itu trend, tak seharusnya timbul masalah di Manek Urai," katanya.

Sementara itu mengulas berkenaan dakwaan penduduk kampung sekitar Manek Urai dan Kampung Laloh yang merungut kerap terputusnya bekalan elektrik di kampung terbabit berpunca daripada penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh, Hishammuddin berkata, dakwaan itu adalah satu tuduhan yang tidak benar sama sekali.

Sambil menyifatkan kenyataan itu boleh membawa persepsi negatif penduduk dan menjejaskan reputasi pihak berkuasa yang menjalankan tugas di kawasan itu, beliau berkata, punca elektrik di penempatan atau markas sementara pihak berkuasa itu menggunakan kuasa generator dan tidak bergantung kepada bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Terputusnya bekalan elektrik tak ada kena-mengena dengan markas sementara kita kerana kita menggunakan kuasa generator sendiri. Ia adalah tuduhan yang tidak benar tetapi kita pandang serius kerana sedikit sebanyak boleh bawa persepsi yang tidak baik terhadap pihak polis," katanya.

Semalam penduduk Manik Urai dan Kampung Laloh merungut berikutan kerap berlaku bekalan elektrik terputus di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu.

Dakwa penduduk, ada beberapa faktor penyumbang kepada terputusnya bekalan elektrik yang antaranya termasuk penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh menyebabkan pertambahan keperluan tenaga elektrik. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan