Kilang musnah, rugi RM3 juta

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang membuat motor elektrik kerugian kira-kira RM3 juta setelah keseluruhan premis kilang itu musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Mega, Bandar Teknologi Kajang dekat sini, hari ini.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, Mazlan Zainor berkata pihaknya menerima maklumat kebakaran itu pada 11.59 pagi sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta masingmasing satu jentera dari Balai Bomba Seri Kembangan dan Taman Segar, Cheras dengan 22 pegawai dan anggota tiba di tempat kejadian kirakira lima minit kemudian.

"Api sedang marak ketika mereka tiba di kilang itu... bagaimanapun, kami dapat mengawal kebakaran dalam masa kira-kira 30 minit kemudian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian pejabat kilang di tingkat atas premis dua tingkat itu.

Menurutnya tiada pekerja berada di dalam kilang semasa kejadian itu kerana kilang tidak beroperasi hari ini.

"Keseluruhan kilang itu musnah, bagaimanapun pihak bomba dapat menyelamatkan dua kilang bersebelahan yang menjalankan kerja-kerja pembaikan mesin jentera berat," kata Mazlan.

Katanya bomba masih menyiasat punca dan jumlah kerugian.

Sementara itu, pengurus kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Kelvin, 37, berkata kilang itu telah beroperasi sejak tiga tahun lepas dan membuat motor elektrik untuk pengedaran ke seluruh negara.

"Kerugian (akibat kebakaran) dianggarkan kirakira RM3 juta," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan