Kampung Buah Pala: Guan Eng tulis surat minta bantuan Najib

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala di sini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

"Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim berkata walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu, bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan