Isu Kampung Buah Pala: Koh enggan gaduh dengan Lim

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak mahu bergaduh dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu Kampung Buah Pala supaya tidak dipersalahkan kelak apabila masalah itu gagal diselesaikan.

Koh, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri sekarang untuk menyalahkan kerajaan terdahulu apabila gagal menyelesaikan sesuatu masalah melibatkan rakyat.

"Saya tidak mahu bergaduh dengan dia (Lim) sebab saya mahu dia tumpukan perhatian dan tenaga untuk selesaikan masalahmasalah di Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri.

"Nanti dia salahkan saya sebab saya gaduh dengan dia menyebabkan dia tiada masa hendak selesaikan masalah dia pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Satu Hati anjuran Wanita Gerakan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemimpin DAP yang sering menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu sehingga tercetusnya kontroversi di kampung itu.

"Dia (Lim) selalu blame (salahkan) saya, apa juga yang dia tidak boleh buat, dia salahkan kerajaan dulu atau kerajaan pusat. Selalunya dia akan tolak isu yang dia tidak boleh selesai kepada kerajaan pusat," kata Koh.

Beliau berkata Lim tidak sepatutnya menyalahkan orang lain kerana adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri untuk menyelesaikan masalah rakyat di negeri pimpinannya.

"Dia mesti ingat, dia sudah jadi Ketua Menteri sudah berapa lama, sudah lebih dari 16 bulan masih nak salahkan orang lain...selesaikanlah. Dia dan pemimpin parti itu banyak buat janji kepada kumpulan ini (penduduk kampung) masa pilihan raya, jadi rujuklah pada janjijanji itu dahulu," katanya.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu, bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan