Hishammuddin beri ADUN DAP Skudai amaran

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Skudai, Dr. Boo Cheng Hau yang sekali lagi menyamakan konsep bumiputera dengan dasar aparteid Afrika Selatan.

Boo yang juga Ketua Pembangkang di DUN Johor didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina dan disiarkan akhbar bahasa Mandarin Selasa lalu.

Dakwaan tersebut bukan kali pertama keluar daripada mulut Boo kerana pada 26 Februari lalu wakil rakyat itu yang juga Pengerusi DAP Johor pernah mengeluarkan kenyataan sama dengan mendakwa konsep bumiputera menyamai ideologi aparteid.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemeteriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap Boo jika kenyataan beliau itu mengandungi unsur hasutan.

"Saya sedang kaji secara serius isu ini. Ini kali kedua dia buat macam tu.

"Saya minta dia berhenti kerana mengatakan sesuatu yang boleh memecahbelahkan rakyat di sidang Dewan Undangan Negeri merupakan perkara yang saya tidak akan kompromi.

"Itu merupakan kenyataan yang cukup jahat niat dan matlamatnya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata:

"Dia (Cheng Hau) tidak boleh sembunyi di belakang DUN untuk membuat kenyataan-kenyataan seperti itu."

"Saya sendiri pun tidak boleh meletakkan diri melebihi undang-undang sedia ada. Apatah lagi dia yang menimbulkan isu sensitif khususnya kepada rakyat di Johor," katanya.

Ditanya adakah ADUN DAP itu akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata: "Banyak lagi undang-undang lain yang boleh digunakan selain ISA."

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan