Sultan Selangor mahu MAIS bincang cadangan pindaan akta

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya cadangan pindaan tiga akta mengenai agama Islam dibincangkan dengan teliti oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pihak-pihak yang berkaitan.

Tiga akta itu ialah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, kata Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

"Baginda menasihatkan MAIS hendaklah bersikap terbuka sekiranya cadangan itu baik untuk orang Islam dan baik untuk semua rakyat, dan hendaklah diterima asalkan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan selagi tidak mengurangkan kuasa Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri serta pelaksanaannya menjamin keadilan semua," katanya.

Titah Sultan Selangor itu disampaikan kepada Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah T.Loth Khan semasa mereka dipanggil menghadap baginda Khamis lepas berikutan keputusan Majlis Raja-Raja menangguhkan keputusan cadangan pindaan bagi tiga akta berkenaan.

Mohammed Khusrin berkata Sultan Selangor juga menitahkan Pengerusi MAIS supaya memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan perkara itu bersama Jabatan Peguam Negara.

Katanya semua maklumat balas daripada MAIS berhubung cadangan-cadangan pindaan itu akan dipersembahkan kepada Sultan untuk dibawa semula ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan