Retreat sulung Kabinet Najib bincang KPI

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak beredar selepas selesai mempengerusikan retreat dua hari bersama barisan Kabinetnya yang berakhir hari ini.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak beredar selepas selesai mempengerusikan retreat dua hari bersama barisan Kabinetnya yang berakhir hari ini.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mempengerusikan retreat pertama Kabinetnya, yang antara lain dipercayai membincangkan pencapaian barisan jemaah menteri beliau yang dibentuk April lalu.

Difahamkan retreat tersebut membincangkan mengenai kaedah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Retreat dua hari yang berlangsung di sini sejak semalam berakhir petang ini.

Ia turut mengkaji mengenai pendekatan indeks prestasi utama (KPI) anggota jemaah menteri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, secara keseluruhannya retreat dua hari itu memfokus aspek penilaian prestasi jemaah menteri menerusi KPI.

"Isu yang kita bincangkan ialah mengenai KPI Menteri Kabinet... kami jemaah menteri telah berbincang mengenai KPI," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas mengenai hasil KPI pertama itu, beliau berkata: "Tunggu Perdana Menteri umumkan nanti."

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, retreat berkenaan merupakan peluang terbaik kepada jemaah menteri untuk membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kerajaan, kepentingan rakyat serta dapat bertukar pandangan antara satu sama lain.

Jelas beliau, selain membincangkan KPI, mereka juga menyentuh kaedah untuk meningkatkan sistem penyampaian di kementerian dan kaedah untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik bersama kakitangan awam.

"Apa yang penting ialah semua menteri menunjukkan minat yang tinggi untuk mengemukakan pandangan masing-masing.

"Kami gembira kerana sama-sama dapat mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang ditimbulkan dan akhirnya nanti ia akan memberi faedah kepada rakyat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan