Pakatan pembangkang tak mampu tadbir kerajaan - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Konflik berterusan yang melanda beberapa negeri yang ditadbir pakatan pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mentadbir sesebuah kerajaan secara bersama, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pakatan itu sebenarnya hanya "indah khabar dari rupa" dan akhirnya rakyat sendiri yang menjadi mangsa.

"Pakatan pembangkang adalah pakatan yang rapuh sebab mereka sendiri tidak berdaftar dan tidak mempunyai manifesto yang sama dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka tidak terikat dengan apa-apa peraturan, dan sebab itu akhirnya DAP Kedah boleh buat keputusan sendiri keluar daripada Pakatan Rakyat tanpa merujuk kepada DAP Pusat; dan DAP Pulau Pinang boleh membuat keputusan memecat ahli Majlis (Perbandaran Seberang Perai) tanpa ada perundingan," katanya kepada pemberita Sabtu semasa mengulas perkembangan konflik dalaman negeri-negeri yang ditadbir parti pembangkang.

Mohd Puad seterusnya mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kes penduduk Kampung Buah Pala yang diarah berpindah, kerana menurutnya Lim Guan Eng dilihat tidak berani membuat keputusan yang tegas mengenainya.

"Kalau kes itu berlaku di Kuala Lumpur mereka (pembangkang) beria-ia akan buat piket bersama penduduk nak bantah, tapi di situ apa yang mereka buat, sedangkan kuasa di tangan mereka. Dia tidak ada formula, bahkan masing-masing menjawab dengan cara penuh ego," katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran sebelum itu merasmikan penutup Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-36 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), yang dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang bagi kategori Bahasa Melayu, dan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bagi kategori Bahasa Inggeris.

Mengenai pertandingan bahas itu Dr Mohd Puad berkata satu cadangan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran untuk membolehkan juara pertandingan tersebut diberi tawaran biasiswa sepenuhnya untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu katanya beliau akan turut mencadangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang supaya pertandingan yang diadakan sejak 36 tahun dahulu itu disiarkan kembali secara langsung di mana-mana stesen televisyen tempatan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan