Kerajaan negeri tidak mampu ambilalih tanah Kampung Buah Pala - Lim

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata walaupun beliau bersimpati dengan nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Dalam keadaan tersepit antara tuntutan penduduk dan perintah undang-undang, beliau kemudiannya mengambil jalan tengah dengan meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Pasukan Petugas Hub Halal Antarabangsa Pulau Pinang di sini, Lim berkata selain menjaga kepentingan 23 keluarga itu, kerajaan negeri juga perlu melihat keperluan 1.5 juta penduduk negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.

"Dalam aspek ini, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tanah itu milik koperasi dan pemaju. Suka tak suka, kena akur terhadap keputusan undang-undang sungguhpun penduduk itu telah tinggal lama di sana," katanya dan menurutnya kerajaan negeri sebelum ini telah berusaha dengan campur tangan politik bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di situ.

Lim menasihatkan pemaju supaya membayar pampasan kepada penduduk terlibat iaitu RM200,000 bagi setiap keluarga seperti yang dipersetujui sebelumnya dan meminta penduduk menerima bayaran itu kerana perintah mahkamah dalam isu itu adalah jelas.

Ketika ditanya tindakan pemaju yang dikatakan tidak mahu membayar pampasan dan penduduk yang tetap berdegil tidak mahu keluar dari kampung itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan menghalang pemaju daripada memulakan kerja pembinaan di tapak itu tetapi tindakan itu akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri.

"Apa lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri? Hanya dua cara itu sahaja dan seperti penduduk Kampung Buah Pala, kerajaan negeri juga menjadi mangsa dalam kes ini kerana bukan kita yang mulakan isu itu. Jadi, jangan salahkan kerajaan negeri," katanya.

Mengenai dakwaan kononnya beliau mengelak bertemu dengan penduduk kampung terbabit, Ketua Menteri berkata beliau tidak pernah mengelak untuk berjumpa dengan penduduk terbabit tetapi perbuatan sekumpulan "oportunis" telah mengeruhkan keadaan di situ.

"Saya bersedia bertemu dengan penduduk...saya tidak ada masalah untuk berjumpa mereka tetapi setakat ini dua timbalan saya (Timbalan Ketua Menteri I (Mansor Othman)dan Timbalan Ketua Menteri II (P.Ramasamy)) telah berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik.

"Say a kesal ada segelintir anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba hendak menjadi hero dan mengeruhkan keadaan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan