Kegiatan menyelam boleh jadi terapi terbaik masalah tekanan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegiatan menyelam dan skuba adalah terapi paling baik bagi mengatasi masalah tekanan yang kini semakin meningkat di kalangan rakyat di negara ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sulaiman Abdul Rahman Taib.

Katanya keindahan dasar laut dan perairan negara yang mempunyai pelbagai spesis hidupan, batu karang dan rumpai laut mampu melekakan seseorang penyelam buat sementara daripada masalah yang dihadapi.

Beliau berkata antara destinasi yang sering mendapat sambutan penyelam dan kegiatan skuba sama ada di kalangan peminat tempatan mahupun luar negara ialah Pulau Sipadan, Pulau Perhentian, Pulau Layang-layang, Pulau Payar dan Pulau Tioman.

"Kita banyak destinasi menarik yang boleh dikunjungi untuk tujuan menyelam dan skuba, maka manfaatkan semua kurniaan Tuhan untuk memulihkan tekanan jiwa yang dihadapi.

"Tambahan pula, suhu air laut kita tidak bermusim...sudah tentu kita boleh berenang, menyelam atau melakukan apa sahaja kegiatan di laut tanpa mengira masa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Menyelam Antarabangsa Malaysia (MIDE) 2009 di sini hari ini.

Lebih 100 syarikat menyertai pameran yang diadakan sempena ekspo tiga hari sehingga Ahad ini. Turut diadakan sepanjang ekspo ialah bengkel dan seminar, pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak dan persembahan video interaktif memperkenalkan hidupan marin.

Sulaiman berkata Kementerian Pelancongan juga kini giat mempromosi Pulau Sipadan sebagai satu daripada tujuh tempat keajaiban dunia.

"Sipadan seperti Disneyland, semua yang ada di perutnya mampu mengujakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Ada penyu, gerombolan ikan, batu karang dan bermacam lagi...saya sendiri seperti kanak-kanak yang teruja apabila melihat hidupan laut di sana...terlalu indah, sehingga saya lupa sementara beban tugas dan masalah," katanya.

Mengenai kegiatan menyelam dan skuba di perairan negara, Sulaiman berkata pelbagai usaha sedang dijalankan termasuk menggalakkan penyertaan kanak-kanak dengan menubuhkan pasukan Scuba Rangers yang terdiri daripada kanak-kanak.

Katanya kegitan itu membabitkan bukan sahaja kanak-kanak tempatan tetapi juga anak-anak ekspatriat yang bertugas di negara ini.

"Kumpulan ini akan menjadi penggalak utama kepada industri menyelam dan skuba negara satu hari nanti," tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan