DAP sengaja cetus isu perkauman, Azizan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan DAP Kedah, yang kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokongtokong Cina di negeri itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Azizan berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAs) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan manamana tokong atau kuil di Kedah.

"DAP kata dia berjuang untuk semua kaum tapi kali ni nampak sengaja nak cetuskan isu perkauman sebab Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan majlis bandaraya pun tak pernah tau pasal perkara ini, tiba-tiba dia orang (merujuk Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su Keng Siong) boleh tau," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Su di Ipoh semalam yang mendakwa kerjakerja merobohkan beberapa kuil dan tokong di kawasan Alor Setar telah diluluskan oleh MBAS.

Sehubungan itu, katanya semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung DAP Kedah meletak jawatan serta merta. Mengenai pengumuman DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu, Azizan berkata sehingga hari ini masih belum ada wakil daripada parti itu datang bertemu dengannya untuk membincangkan perkara berkenaan.

"Saya cuma tahu DAP nak keluar pakatan daripada akhbar sahaja. Perkara ini boleh dibincangkan secara keluarga, tapi dibesar-besarkan dan ia tak wajar berlaku.

"DAP jangan ingat dia saja mewakili kaum Cina... MCA, PKR dan Gerakan pun wakil kaum Cina juga, saya tak nak bergaduh dengan Cina, apa sahaja bantuan semua dah bagi, kat DAP pun semua bantuan bagi, tak tau tak puas hati kat mana," katanya.

Rabu lalu, Su mengumumkan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak puas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu yang merobohkan pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di sini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan