Tidak ada rakyat Malaysia terbabit dengan rampasan kuasa

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak ada rakyat Malaysia yang tinggal atau sedang melawat Honduras setakat ini terjejas dengan perkembangan yang berlaku berikutan rampasan kuasa di negara itu Ahad lepas di mana Presiden Jose Manuel Zelaya digulingkan pada kejadian tersebut.

Duta Besar Malaysia ke Mexico Datuk Nafisah Mohamed berkata rakyat Malaysia yang kebetulan berada di Honduras dinasihatkan mematuhi perintah berkurung dan langkah-langkah keselamatann lain yang akan dan mungkin dikenakan di kawasan awam dan menjauhkan diri dari tempat sesak.

Beliau yang juga ditauliahkan ke Honduras, Belize, Costa Rica, ElSalvador, Guatemala, Nicaragua dan Panama berkata Malaysia mengikuti perkembangan mengenai Honduras.

Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAs) sebagai sebuah pertubuhan rantau untuk negaranegara Amerika, sedang mengambil langkahlangkah tertentu dan mengadakan beberapa mesyuarat mengenai perkembangan di Honduras, katanya menjawab pertanyaan daripada Bernama yang diemelkan kepada beliau.

"Kami harap rakyat Honduras akan terus mengadakan dialog di kalangan mereka untuk mencari penyelesaian yang selaras dengan perlembagaan dan peraturan undangundang Honduras untuk kebaikan semua rakyat Honduras," kata Nafisah yang menghadiri perisytiharan Presiden Panama Ricardo Martinelli di Bandaraya Panama pada 1 Julai. Zelaya diguling berikutan percubaan beliau untuk mengadakan satu pungutan suara yang tidak mengikut undang-undang pada 28 Jun, menulis semula perlembagaan negara berkaitan tempoh jawatan presiden, satu percubaan yang tidak mengikut perlembagaan oleh Kongres republik itu dan Mahkamah Agung.

Tentera menangkap beliau di kediaman presiden, sejam sebelum pengundian dibuka untuk pungutan suara dan menerbangkannya ke Costa Rica.

Ketua Kongres Honduras and seorang anggota parti Zelaya, Roberto Micheletti mengangkat sumpah sebagai presiden, satu tindakan yang tidak diiktiraf oleh manamana negara setakat ini.

Rampasan kuasa itu, yang pertama di Amerika Tengah dalam tempoh 16 tahun dikutuk sekeraskerasnya oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan 35 anggota OAS, semua menggesa agar Zelaya kembali berkuasa.

OAS yang beribu pejabat di Washington memberikan amaran bahawa ia akan menggantung Honduras jika Zelaya tidak kembali memegang jawatan itu esok.

Amerika Syarikat menggesa agar normanorma demokrasi dan peraturan di Honduras dihormati.

Perhimpunan PBB pada Selasa mengutuk rampasan kuasa itu dan mendesak agar pemimpin yang digulingkan kembali berkuasa. Zelaya juga berucap pada perhimpunan tersebut.

Berikutan dengan Zelaya digulingkan, ramai rakyat Honduras mengadakan bantahan di ibu negara Bandaraya Tegucigalpa dan bahagian lain di negara itu, mendesak presiden tersebut kembali berkuasa dan ada sedikit kejadian demonstrasi menyokong Micheletti.

Honduras, negara kedua terbesar di Amerika Tengah dengan kira-kira lapan juta penduduk mencapai kemerdekaan pada September 1821 daripada Sepanyol, dan menikmati kestabilan politik sejak pemerintahan tentera yang berakhir pada 1980an.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan