Masa untuk rakyat menilai keberkesanan pembangkang: Ketua Puteri Umno

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Inilah masanya untuk rakyat menilai sendiri kecekapan dan kejujuran pembangkang berkhidmat untuk mereka.

"Adalah jelas kini, bahawa pakatan pembangkang sebenarnya berada dalam keadaan yang rapuh, tetapi enggan mengakui kelemahan mereka. Walaupun mereka diberi peluang untuk mentadbir sebuah negeri, keadaannya sudah menjadi huruhara.

"Apatah lagi jika mereka diberi kepercayaan yang lebih besar untuk mentadbir sebuah negara," kata Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini hari ini.

Justeru itu rakyat perlu menilai sendiri tindakan DAP Kedah yang mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak lagi yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri pimpinan PAS, katanya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.

"Pakatan pembangkang sebenarnya menghadapi masalah dalaman yang agak serius, tetapi atas sikap sombong, mereka enggan mengakui hakikat tersebut," katanya.

Kekeliruan hubungan sesama pembangkang bukan sahaja berlaku di Kedah tetapi juga di Pulau Pinang, misalnya berhubung isu pelucutan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari menganggotai Majlis Perbandaran Seberang Perai dan hari ini timbul pula isu dakwaan salah guna kuasa oleh anggota DAP terhadap Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari PKR.

Rosnah berkata perkara tersebut merupakan konflik dalaman antara mereka. "Oleh itu anda (rakyat) merupakan hakim terbaik untuk mengadili pembangkang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan