Keputusan Majlis Raja-Raja manifestasi keprihatinan Raja Melayu

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis RajaRaja untuk menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan), merupakan manifestasi keprihatinan Raja-Raja Melayu mempertahankan undang-undang Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ia adalah isyarat bahawa hal-hal yang berkaitan agama Islam adalah dalam bidang kuasa Raja di negeri-negeri dan sebarang pindaan perlu mendapat pandangan raja negeri itu tanpa melangkau bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"PGSM tegas mengatakan hal-hal berkaitan dengan Islam adalah di bawah kuasa negeri dengan Raja sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing dan sewajarnya sebarang keputusan berhubung sebarang pindaan perlu mendapat pandangan Majlis Agama Islam Negeri sebelum ia diluluskan.

"Apatah lagi undang-undang itu melibatkan akidah seseorang terutama melibatkan akidah anak-anak di bawah umur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Isnin lepas membuat keputusan menangguhkan cadangan pindaan undang-undang itu supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pada 22 April lepas, kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Mohamad Isa berkata, PGSM turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Raja-Raja Melayu kerana amat prihatin dan akan sentiasa menyokong usaha memartabatkan Islam sebagai sebuah cara kehidupan di Malaysia.

"Oleh yang demikian kedudukan itu hendaklah dipelihara agar tidak diganggu gugat mana-mana pihak," katanya dan menambah kata persatuan itu menyambut baik keputusan Majlis Raja-Raja itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan