Umno bersedia dengan permainan politik kotor di Manek Urai - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi mainan politik kotor yang dijangka ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata walaupun proses pencalonan belum berlangsung, bakal calon BN untuk pilihan raya kecil itu, Tuan Aziz Tuan Mat sudahpun diserang secara peribadi.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai yang juga bekas pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar itu didakwa kononnya terlibat dalam perbuatan salah laku, tidak sampai 24 jam pengumuman pemilihannya dibuat namun Tuan Aziz, 39, pantas menafikannya dalam sebuah portal berita siber.

"Lepas ini, macam-macam lagi serangan peribadi akan dibuat. Lepas ini, macammacam lagilah gambar yang mereka akan tabur. Rakyat Manik Urai juga, bersedialah hadapi mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab ini," kata Ahmad ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata PAS dilihat cuba memperlekeh mentaliti penduduk di Manik Urai dengan mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak perlu daripada golongan berpendidikan tinggi, sepertimana kenyataan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun.

"Mungkin mereka cuba mencari helah supaya isu pendidikan tidak ditimbulkan di Manik Urai. Kalau tak perlu (Adun) yang berpendidikan, kenapa letak Dr Hatta Ramli jadi Anggota Parlimen Kuala Krai. Seorang yang bergelar doktor lagi, janganlah bersikap pilih kasih kalau dah pilih pemborong ikan sebagai calon," katanya. Bendahari PAS Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, diumum sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Ahmad yang berkampung di Manik Urai sejak awal bulan lalu, juga diminta mengulas mengenai masalah terbaru yang dihadapi PAS dan DAP Kedah.

DAP Kedah semalam memutuskan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

"Mereka bukan pakatan rakyat, mereka pakatan rapuh. sebelum ini PAS cadang kerajaan perpaduan, tetapi bila bermesyuarat dengan DAP, tidak jadi. Kes pemecatan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) oleh DAP, dan terbaru di Kedah, menunjukkan sebenarnya pakatan mereka rapuh.

"Kalau betul sepakat, tidak ada masalah macam ni, tengoklah berkecamuknya mereka," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan