Rusuhan kecil di Kem Tahanan Imigresen Semenyih

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu rusuhan kecil berlaku di Kem Tahanan Imigresen Semenyih dekat Kajang di sini semalam membabitkan 30 warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

Dalam kejadian pada kira-kira 8.00 malam tadi, pendatang asing tanpa izin berkenaan didapati memecahkan dinding bilik tidur masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Shakarudin Che Mood ketika dihubungi berkata, bagaimanapun tindakan pantas pihak imigresen dapat mengawal kejadian rusuhan itu daripada merebak.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, tiada yang cedera dan siasatan awal mendapati rusuhan itu berpunca daripada perasaan tidak puashati pendatang terbabit kerana mereka akan dipindahkan ke kem tahanan lain.

Katanya lagi, siasatan berhubung kes itu akan diserahkan kepada pihak imigresen bagi mengenal pasti punca sebenar rusuhan dan dakwaan bahawa ada pendatang yang bolos dalam insiden itu.

Tinjauan Bernama mendapati sebuah trak pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan empat trak polis dikejarkan ke tempat kejadian. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan