Puteri Umno mahu cadangan pindaan undang-undang tukar agama diperhalusi

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puteri Umno hari ini meminta semua pihak menerima keputusan Majlis Raja-Raja untuk menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) serta memberi ruang kepada pihak berkenaan memperhalusi cadangan itu.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata langkah itu bagi memastikan pindaan yang dibentangkan di Parlimen kelak benar-benar komprehensif dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

"Banyak perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam cadangan pindaan itu, justeru langkah mendapatkan pandangan Majlis Agama Islam negeri-negeri adalah jalan yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, mengulas keputusan Majlis Rajaraja yang mahu merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri berhubung cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Ia berikutan keputusan Kabinet pada 22 April lepas bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walaupun seorang daripada mereka memeluk Islam.

Rosnah berkata hasil rundingan dan perbincangan pihak terbabit perlu dihimpunkan dan dibincangkan lagi di peringkat tertinggi sebelum kata putus mengenai undangundang itu dimuktamadkan.

"Kita tidak mahu hanya selepas pindaan dibentangkan di Parlimen baru nampak kelemahan serta kepincangan yang banyak.Ketika itu, perbahasan akan mengambil masa lama dan pandangan terhad kepada anggota-anggota Parlimen sahaja," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan