Punca kematian tahanan polis di Ipoh akan diketahui 17 Julai ini

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Punca kematian suspek dalam tahanan polis Choong Soy Soy, 55, akan diketahui pada 17 Julai ini selepas Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh menyiapkan laporan bedah siasat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah, hari ini berkata siasatan awal menunjukkan tiada perbuatan khianat dan polis tidak bertanggungjawab atas kematian suspek kes dadah itu.

Murugiah berada di Ipoh pagi tadi untuk mengadakan mesyuarat dengan polis, pihak hospital dan pengadu berikutan aduan bekas wakil rakyat Tronoh Datuk Lee Kon Yin dari MCA kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) mengenai kematian Choong pada Selasa lalu.

Dalam perbualan telefon dengan Bernama, katanya, Choong ditahan pada 17 Jun di lokap Balai Polis Bercham, Ipoh, kerana disyaki terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah.

Katanya Pada 27 Jun lalu, suspek menjalani pembedahan di bahagian kepala di hospital itu selepas terjatuh di tandas lokap berkenaan dan meninggal dunia pada 30 Jun.

Murugiah juga turut menemui keluarga mendiang dan menjelaskan situasi. "Ahli keluarga mangsa menerima penjelasan saya dan kita akan menunggu laporan bedah siasat," katanya.

Sementara itu, beliau merayu kepada masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca kematian Choong.

Dalam pada itu, Lee, yang juga ketua Pusat Perkhidmatan dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, berkata beliau berpuas hati dengan tindakan pantas BPA selepas menerima aduan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan