Oh Ei Sun, setiausaha politik baru Perdana Menteri

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Oh Ei Sun, penceramah motivasi, perunding, usahawan dan ahli akademik terkemuka, dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri berkata pelantikan itu berkuatkuasa pada 16 Jun.

Oh, 35, berasal dari Sabah, yang menerima pendidikan dalam bidang perundangan, pengurusan, kejuruteraan dan bahasa mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa dan dunia di bawah Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB).

Oh mempunyai tiga ijazah sarjana muda kejuruteraan aeronautikal, kejuruteraan mekanikal dan bahasa, selain dua ijazah sarjana Sains dan Pengurusan Antarabangsa, serta Doktor Perundangan dalam UndangUndang (J.D.), yang diperolehinya dalam tempoh lapan tahun pengajian di University of Califonia.

Pengalaman kerjanya termasuklah berkhidmat dengan pertubuhan antarabangsa seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Kumpulan Kerja mengenai Telekomunikasi Kecemasan, keduaduanya di Geneva, Switzerland.

Fasih dalam lima bahasa Bahasa Malaysia, Inggeris, China, Jerman dan Perancis, Oh melakukan pelbagai kerja perundingan untuk organisasi multinasional dan antarabangsa selain memberi nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam isu perundangan dan untuk memulakan perniagaan.

Tidak hanya terhad kepada sektor korporat, beliau juga menggunakan kepakarannya dalam memberikan nasihat strategik, teknikal dan perundangan kepada pelbagai organisasi antarabangsa, kerajaan dan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, selain pertubuhan profesional, awam dan kebudayaan.

Oh yang pernah berkhidmat sebagai Perunding Pakar PBb, memberi nasihat kepada banyak kerajaan mengenai komunikasi kecemasan. Beliau juga bekerja rapat dengan agensi rakan PBB termasuk Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian PBB (UNHCR), Program Makanan Dunia (WFP), Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Program Pembangunan PBB.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat telekomunikasi yang berpusat di Hong Kong dan terlibat dalam perkhidmatan perkongsian perdagangan pelbagai saluran mobile di China.

Oh juga berkongsi kepakarannya dalam pengurusan latihan peringkat profesional, menyampaikan lebih daripada 500 modul kepada lebih 20,000 pengarah korporat di mana beliau barubaru ini mengembangkan kepakarannya dalam bidang pengurusan kewangan dan pendidikan.

" Saya rasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat pada masa yang kritikal, dari segi politik dan eknonomi," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Pelantikan itu hadir pada ketika yang tidak diduga apabila beliau terpaksa beralih daripada peranan biasanya sebagai penilai, pakar motivasi dan pengendali kepada sesuatu yang lebih mencabar menjaga misi politik pemimpin utama negara.

Ditanya tentang misi pertamanya selepas dilantik ke jawatan itu, Oh berkata beliau akan mempromosikan konsep 1Malaysia dan mengadakan dialog dengan lebih ramai rakyat daripada pelbagai latar belakang dan masyarakat.

Ini penting terutama untuk memahami perasaan rakyat selain mendapatkan maklumbalas daripada rakyat. " Ada satu elemen dalam 1Malaysia yang saya begitu suka. Ia berkenaan integriti, dalam sektor awam dan swasta. Saya mahu lihat lebih banyak penekanan dalam hal ini ketika kita terus mempromosikan 1Malaysia," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kian Kok di Kota Kinabalu itu juga merupakan Profesor Adjung di Universiti Malaysia Sabah (UMS). BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan