Misteri peti simpanan Tunku terbongkar

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Misteri yang menyelubungi peti besi milik Tunku Abdul Rahman Putra, perdana menteri pertama terbongkar hari ini.

Ia mengandungi sembilan kotak yang menyimpan pelbagai barang milik Almarhum yang dipercayai dihadiahkan oleh pemimpin luar negara dan tempatan.

Penemuan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengarahkan pihak Arkib Negara membuka peti itu hari ini, yang merupakan salah satu artifak yang dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Berita mengenai peti misteri tersebut didedahkan oleh sebuah tabloid berbahasa Inggeris minggu lepas.

Pakar-pakar dari syarikat Chubbsafes menggerudi selama setengah jam sebelum dapat membuka peti Stafford buatan British seberat 300 kilogram itu.

Daripada lapan kotak kayu dan baldu itu, Rais menemui sebuah jam tangan, dua kunci emas yang satu daripadanya dari bekas Datuk Bandaraya New York, Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit dari Yang diPertuan Agong, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan dari bekas Presiden Taiwan, Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan.

Di dalam satu lagi kotak terbesar yang berupa kotak logam empat segi berwarna emas, ditemui 23 barang perhiasan daripada emas seperti pen Parker, tulisan Cina yang bermaksud "Umur Panjang", dua bilah gunting, kuncikunci dan plak bulat yang tertera angka 65.

"Ada pihak yang mengatakan ia mengandungi dokumen-dokumen penting negara, tetapi nampaknya sangkaan Arkib Negara bahawa ia ada barangan bernilai adalah benar.

"Penemuan ini sangat bernilai dan kita masih tidak tahu lagi nilai sebenar semua artifak yang dijumpai ini," kata Rais kepada wartawan yang turut dijemput menyaksikan isi kandungan peti tersebut.

Mengenai status hak milik artifak berkenaan, beliau berkata ia adalah hak milik negara.

"Semua artifak ini berkaitan dengan pemberian hadiah kepada negara dan akan menjadi milik negara manakala soal pemilikan peribadi keluarga tidak timbul setakat ini," katanya.

Rais berkata Arkib Negara juga diarahkan untuk menyenarai dan mengambil gambar semua artifak di dalam peti itu serta merta dan dikemukakan kepada Jemaah menteri sebelum dipamerkan secara rasmi sebagai warisan negara.

Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ia pada mulanya diletakkan di pejabat beliau di Bangunan Residensi sebelum dipindahkan ke kediaman beliau di No 1, Jalan Langgak Tunku apabila beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970.

Peti itu kemudiannya diserahkan kepada Arkib Negara untuk diletakkan semula di Bangunan Resindensi pada 1994 oleh anakanda Tunku, Tunku Ahmad Nerang sebagai sebahagian daripada artifak negara. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan