MCCBCHST hormati keputusan Majlis Raja-Raja

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) semalam menyuarakan keyakinannya bahawa Raja-Raja Melayu akan melindungi kepentingan semua rakyat Malaysia, termasuk bukan Islam, berhubung isu pengIslaman kanak-kanak.

Presidennya, Datuk A. Vaithilingam berkata walaupun pihaknya terkilan kerana keluarga bukan Islam masih tertanya-tanya tentang perkara itu, tetapi mereka tetap menghormati keputusan yang dicapai Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Ke-217 Persidangan Majlis Raja-Raja di Istana Negara Isnin lepas.

Pada mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja-Raja Melayu membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan Majlis Agama Negeri-negeri terlebih dulu sebelum membuat keputusan tentang perkara berkaitan pengIslaman kanak-kanak.

Sejajar dengan itu, Persidangan Majlis Raja-Raja memutuskan untuk menangguhkan keputusannya berhubung cadangan agar pindaan dibuat terhadap enakmen negeri berhubung perkara itu.

Pada 22 April, Kabinet membuat keputusan bahawa kanak-kanak akan kekal dalam agama asal ibu bapa masing-masing ketika berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka menukar agama kemudiannya.

Kabinet juga berpendapat bahawa pertukaran agama tidak boleh dijadikan alasan bagi membubarkan perkahwinan secara automatik atau bagi mendapatkan hak penjagaan anak.

Ia juga sependapat bahawa mana-mana individu yang ingin menukar agama perlu terlebih dulu menyelesaikan isu yang timbul dengan pasangan masing-masing bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, khususnya kanak-kanak, menjadi mangsa keadaan.

Perkara berkaitan Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri dan Raja merupakan ketua agama Islam di negeri masing-masing. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan