MB Kedah belum terima surat DAP keluar pakatan pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi berhubung keputusan DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di Kedah selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri itu.

Katanya DAP masih berada dalam pakatan itu selagi beliau tidak menerima pengesahan daripada kepimpinan pusat parti itu berhubung perkara berkenaan.

"Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa. Kalau (DAP) nak kata kurang (diberi) layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri telah beri layanan baik untuk semua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu termasuk tindakan merobohkan satusatunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Beliau juga menyifatkan kerajaan Kedah pimpinan Pas sebagai lemah dan sering menimbulkan masalah kaum termasuk mengenakan kuota perumahan Bumiputera sebanyak 50 peratus.

Azizan berkata beliau tidak boleh memaksa DAP untuk menghormati kepimpinan kerajaan negeri kerana parti itu bebas membuat keputusan sama ada untuk keluar atau kekal dalam pakatan pembangkang. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan