Kerapuhan pakatan pembangkang tidak dapat diselindung lagi - Zahid

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Kerapuhan gabungan pakatan pembangkang tidak boleh diselindung lagi dan tidak mustahil pakatan itu akan terlerai sepenuhnya tidak lama lagi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Perlu diakui PAS mempergunakan DAP dan DAP menjadikan PAS kuda tunggangan mereka dan apa yang berlaku di Kedah hari ini membuktikan pakatan itu rapuh kerana mereka sebenarnya hanya berkahwin mutaah.

"Cukuplah perkahwinan mutaah itu, bubarlah pakatan yang tidak memberi makna dan PAS sertailah kami (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bekas Tentera Malaysia di Masjid Seri Wangsa di Manik Urai Lama di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan DAP Kedah semalam yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS yang gagal menghalang perobohan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.

Dr Ahmad Zahid berkata demi kepentingan negara, PAS sewajarnya mengkaji hubungan tidak bermakna itu kerana ia tidak memberi apaapa keuntungan kepada rakyat.

Sementara itu di SEPANG, Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan DAP Kedah itu membuktikan dakwaan pakatan pembankang sebelum ini yang menyatakan gabungan mereka cukup kuat merupakan satu pembohongan.

"Apabila kita mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, mereka kata mereka tidak boleh mengadakan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

"Sebab mereka kata kerajaan perpaduan pakatan pembangkang sudah cukup kuat tetapi ternyata apa yang berlaku semalam di Kedah, itu membuktikan ia hanya merupakan satu pembohongan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana, projek pertama disiapkan menggunakan kaedah Sistem Binaan Industri (IBS).

Dr Mohd Puad berkata kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini untuk menubuhkan kerajaan perpaduan adalah ikhlas dan serius sebenarnya. "Kita pun tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa tetapi pada saya, orang yang menentang kerajaan perpaduan ini, ialah kerana dia tidak memikirkan faedah kepada negara," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pergerakan Wanita Umno tidak terkejut langsung dengan berita mengenai DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana sudah menjangkakannya.

"Tiada kejutan besar, kita memang tahu perkara ini akan berlaku, sebab pakatan pembangkang begitu rapuh sekali, jadi saya ibaratkan macam kahwin mutaah," kata Ketuanya Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Kerajasama mereka hanya sekejap masa saja untuk tujuan tertentu dan bukan untuk membela nasib rakyat, kata Shahrizat kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Rakyat pergerakan itu bersama Usahawan Wanita (Jalinan Niaga). BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan