H1N1: 48 lagi kes baru dikesan

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 48 kes baru influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 8 pagi ini yang terdiri daripada 40 kes import dan lapan kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 244 kes.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata daripada 48 kes itu, 36 kes melibatkan warga Malaysia dan 12 warga asing.

"Empat daripada 12 warga asing itu dari Indonesia, masingmasing dua dari Singapura, Filipina dan Australia serta masingmasing satu dari China dan Itali," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sementara itu, kes tempatan pula melibatkan lima kes pelajar dari Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala Lumpur, satu kes adalah kontak kepada kes import ke-213 dan dua lagi kes masih dalam siasatan. Liow berkata 128 daripada keseluruhan 244 pesakit telah sembuh sepenuhnya selepas menerima rawatan dan mereka telah dibenarkan keluar daripada hospital.

"Baki 116 pesakit masih dirawat di hospital dengan 85 disahkan positif dan 31 masih menunggu keputusan makmal. Semua kes yang disahkan telah menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa komplikasi," katanya. Beliau berkata empat daripada 739 kontak terdekat yang sedang menjalani kuarantin di rumah telah mempunyai simptom dan dimasukkan ke hospital untuk siasatan.

"Jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A (H1N1) adalah sebanyak 2,471 kes yang mana 244 kes telah disahkan positif dan 64 kes masih menunggu jawapan," katanya.

Mengenai isu ujian air liur kepada pelancong asing dan tempatan yang mengalami gejala influenza A (H1N1) di pintu masuk negara, Liow berkata tindakan itu sebagai langkah berjagajaga dan bukan bertujuan menyusahkan pelancong yang datang.

"Malaysia adalah sebuah negara yang selamat untuk dilawati dan kita mengalualukan pelancong datang dari luar negara. Kita tidak akan mengenakan kuarantin sewenangwenangnya, kita tak akan menyusahkan manamana pelancong yang masuk ke dalam negara kita. "Kita kena ambil langkah pencegahan yang tegas kerana bilangan kes meningkat dengan begitu cepat, tetapi di negara kita bilangannya masih kecil berbanding di dunia yang jauh lebih besar," katanya.

Liow turut meminta mereka yang menghidapi selesema dan batuk memakai topeng penutup mulut bagi menghalang penyebaran penyakit itu kepada orang sekeliling mereka.

"Saya juga berharap lebih ramai pihak daripada sektor swasta tampil ke hadapan dan membekalkan topeng penutup mulut secara percuma kepada orang ramai sebagai salah satu daripada program tanggungjawab sosial," katanya.

Terdahulu, Liow mengadakan sesi dialog bersama 26 anggota Parlimen bagi menerangkan situasi terbaru kes influenza A (H1N1) di negara ini.

"Anggota Parlimen itu akan membawa semua maklumat itu kepada rakyat, mereka akan buat aktiviti pada peringkat masyarakat bagi memaklumkan rakyat mengenai influenza A (H1N1)," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan