DAP keluar Pakatan, pemimpin PR anggap bukan isu serius

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menganggap tindakan DAP Kedah yang mahu keluar dari Pakatan Rakyat - yang dilihat sebagai krisis keyakinan kedua ikatan pembangkang itu - "bukan satu perkara yang sangat serius."

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memaklumkan mengenai hal itu kepada beliau semalam dan percaya hal itu akan dapat diselesaikan.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat dijangka bermesyuarat Sabtu atau Ahad ini untuk membincangkan krisis terbaru ini.

"Takkan pasal satu kandang pun, kita nak punah. Kerajaan Pakatan, dalam hal dan isu yang perlu, kita bincang dengan baik. "Kita ada agenda yang lebih besar termasuk isu undang-undang dan ekonomi," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang ketika ditemui di lobi Parlimen.

Pakatan Rakyat dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu yang antara lain turut bertindak merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Ditanya berhubung begitu banyak isu yang boleh menggugat ikatan dalam Pakatan ketika ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hal itu sengaja diperbesarkan media.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan (isu DAP Kedah). Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak puladi perbesarkan.

"Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, isu itu tidak begitu serius sehinggaboleh memecah-belahkan Pakatan.

"Ia adalah sesuatu yang boleh diselesaikan," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, beliau perlu menunggu laporan berhubung isu itudan akan ke Kedah pada Sabtu ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Beliau menyifatkannya perkembangan di Kedah sebagai krisis keyakinan kedua dialami Pakatan Rakyat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan