Dakwa Khairy korup Karpal dibuang Dewan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dibuang Dewan Rakyat selepas mengeluarkan perkataan yang dilarang Parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Karpal beberapa kali mendakwa Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) korup ketika Ketua Pemuda Umno itu membahaskan laporan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat berhubung insiden beliau diserang oleh beberapa pemimpin Pemuda Umno Selangor 26 Februari lalu.

Khairy sebelum itu mencabar Karpal mengulangi kenyataan yang menghina Pemuda Umno yang dikeluarkan dalam Dewan pada 26 Februari lalu.

Karpal bagaimanapun berkata, beliau hanya akan menerima cabaran daripada seorang 'standard' dan bukan seseorang yang didapati bersalah kerana rasuah.

"Jangan cabar saya Yang Dipertua... 'corrupted'... Rembau 'corrupted'," katanya.

Selepas arahan supaya beliau keluar dikeluarkan Pandikar, Karpal sempat mempersoalkan tindakan itu.

"Kenapa Tuan Speaker? Atas sebab apa? Ini orang (Khairy) yang 'korup', didapati bersalah oleh Umno sendiri, bukan saya.

"Saya ulangi, Rembau seorang 'korup'... seorang 'korup'," katanya.

Laporan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat berhubung aduan Karpal dibahaskan hari ini berikutan insiden Pengerusi DAP itu diserang oleh sekumpulan pemimpin Pemuda Umno pada 26 Februari lalu ketika beliau memasuki bangunan Parlimen.

Laporan jawatankuasa itu memutuskan empat individu telah didapati bersalah iaitu Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah; Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Azahari Datuk Shaari dan Ketua Pemuda Umno Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal dan dikenakan denda RM1,000.

Sementara itu, Karpal ketika ditemui selepas diarah keluar Dewan berkata, tindakan beliau mencabar Khairy dan mendakwa dengan mengeluarkan perkataan `rasuah' itu adalah relevan.

"Saya mencabar dia (Khairy), semudah itu sahaja," katanya.

Katanya, tindakan tersebut tidak penting kerana baginya apa yang lebih penting adalah mengenai cadangan denda sebanyak RM1,000 ke atas empat pemimpin Pemuda UMNO Selangor itu.

"Saya rasa denda sedemikian telah ketinggalan zaman dan sesuatu yang lebih serius perlu dilaksanakan. Ini termasuk menghukum mereka mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dengan kesalahan menghalang tugas Ahli Parlimen," katanya.

Karpal berkata, sekiranya empat Pemuda UMNO berkenaan tidak mahu meminta maaf dengannya berhubung insiden Februari lalu, mereka sepatutnya tidak datang ke Parlimen awal-awal lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan