Siaran langsung: Tindakan RTM 'pilih kasih' di Parlimen dipersoal

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara berterusan siaran langsung sidang Dewan Rakyat tanpa menyelitkannya dengan program bual bicara setiap kali pembangkang mengemukakan soalan.

Mohamad berkata, beliau difahamkan siaran langsung yang dibuat RTM ketika ini adalah secara berpilih-pilih iaitu hanya menyiarkan sesi ucapan daripada pihak kerajaan.

"Saya difahamkan siaran langsung TV1 secara berpilih-pilih... setengah jam.

"Saya dapat panggilan telefon dan SMS daripada rakyat ramai... tak seronok lah.

"Biarlah macam yang lepas daripada awal sampai 10.30 pagi.

"Kalau ada pergaduhan, biarlah rakyat menilai. Ini pandangan saya daripada rakyat," katanya sebaik sahaja sesi persidangan Dewan bermula pada pukul 10 pagi.

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee berkata, beliau akan membawa perkara itu untuk perhatian RTM.

Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, hal itu dibangkitkan semula oleh M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) ketika Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) membahaskan Rang undang-undang Bank Negara Malaysia 2009.

Kulasegaran berkata, beliau mendapat SMS mengatakan yang sesi Chong berbahas pada ketika itu tidak disiarkan secara langsung, sebaliknya digantikan dengan sesi temu bual.

"Ini gambaran yang diberi kepada rakyat Malaysia, menipu... apa jadi di Dewan ini.

"Saya minta semua RTM keluar kerana dia (RTM) kelirukan semua ini dan menipu rakyat Malaysia," katanya.

Ia kemudiannya dicelah oleh Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Bagaimanapun, Ronald kemudiannya meminta hal itu tidak dibangkitkan lagi kerana beliau telah membuat keputusan berhubung perkara itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan