PKFZ: PAC siasat laporan dalam 3 bulan

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan penuh siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka siap dalam tiga bulan.

Ia akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya tidak mahu mengambil masa yang terlalu panjang untuk menyelesaikan laporan itu.

"Kita dah buat keputusan, setiap minggu pada Julai kita akan adakan mesyuarat. Kita nak selesaikan laporan ini kalau boleh sebelum Parlimen akan datang bersidang.

"Kita ada tiga bulan tapi kita tak mahu nak mengambil masa terlalu panjang.

"Pada akhirnya, PAC hanya boleh membuat laporan kepada Parlimen dan memberikan cadangan. Kita tak ada kuasa lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Azmi berkata, mesyuarat PAC yang diadakan tengah hari tadi turut memutuskan supaya lebih ramai individu dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu termasuk bekas menteri.

Katanya, PAC menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan dan pihaknya akan membantu jika diperlukan.

Beliau berkata, mesyuarat hari ini turut merangka soalan berkaitan undang-undang mengenai isu PKFZ bagi tujuan untuk diperjelaskan oleh pihak pendakwa raya.

"Kita harap akan dapat jawapan dalam tempoh dua minggu supaya PAC dapat melihat dan meninjau sejauh mana pihak tertentu telah melanggar undang-undang... di manakah yang boleh diteruskan," katanya.

Ketika ditanya sama ada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyelewengan dalam PKFZ, Azmi berkata, ia tidak perlu buat masa ini.

"Kita perlu dapatkan pandangannya dulu. Kalau kita berasa kita perlu dapat penjelasan, kita akan jemput beliau untuk beri penjelasan.

Minggu lalu, Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil Peguam Negara bagi memberi keterangan berhubung penyelewengan yang didakwa berlaku dalam PKFZ.

Katanya, keterangan Peguam Negara amat diperlukan bagi mengesahkan mengenai nasihat perundangan yang diberikan kepada Kabinet pada masa itu supaya pengambilan tanah di Pulau Indah, Selangor dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah (APT).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan