Pindah kes: Keputusan rayuan Anwar esok

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini selesai mendengar rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha menetapkan untuk mengumumkan keputusan berhubung rayuan tersebut pukul 3 petang esok.

Pada prosiding yang berlangsung selama lebih dua jam hari ini, hakim menetapkan agar pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujah masing-masing berdasarkan tiga isu utama.

Tiga isu berkenaan ialah yang berkaitan dengan jaminan bekas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada isteri dan anak perempuan Anwar bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini.

Isu kedua yang dihujahkan ialah berkaitan dengan doktrin keperluan penglibatan Abdul Gani dalam kes ini serta isu yang ketiga ialah persoalan pertikaian kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Abdul Gani sama ada wujudnya berat sebelah semasa proses pemindahan kes ini dibuat.

Peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan prosiding yang berlangsung hari ini.

"Layanan Mahkamah Rayuan dalam kes ini adalah amat baik, amat mesra.

"Hakim-hakim telah mengemukakan soalan-soalan yang menunjukkan bahawa mereka faham tentang isu yang dibangkitkan... mereka sudah mengambil perhatian tentang isu-isu penting, jadi saya harap mereka akan buat satu keputusan yang baik esok, InsyaiAllah," katanya.

Ditanya mengenai keyakinannya dalam rayuan ini, Sulaiman berkata, pihaknya sudah pasti mengharapkan sesuatu yang positif namun tetap menyerahkan kepada keputusan hakim untuk membuat keputusan.

"Insya-Allah kita harap akan menang berdasarkan berdasarkan apa yang diutarakan oleh kami dalam hujah-hujah tadi, tapi bagaimanapun ia terpulang kepada hakim," katanya.

Jelas beliau lagi, pihaknya juga meminta panel hakim mengemukakan penghakiman bertulis mereka esok.

Bagaimanapun atas faktor masa, hakim berkata, akan menyediakan kerangka jawapan dan alasan berhubung keputusan yang akan diumumkan esok.

"Kita minta penghakiman bertulis, tapi memandangkan masa yang suntuk hakim akan hanya memberikan kerangka alasan mereka dan kemudiannya baru akan mengeluarkan penghakiman penuh," katanya.

Barisan pihak pendakwaan diketuai oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Pada prosiding hari ini Anwar hadir ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 8 Julai di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan