Perjuangan Umno kekal utuh walau 50 tahun berlalu

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Setelah lebih 50 tahun berlalu, perjuangan Umno tetap utuh bagi menjaga Islam dan mengekalkan pembangunan negara untuk dinikmati seluruh rakyat berbanding PAS, yang lebih selesa dengan janji retorik, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya Kecil BN Manik Urai berkata sejak negara merdeka 1957, Umno tetap memperjuangkan apa yang dijanjikan kepada orang Melayu dan menegakkan agama Islam sehingga kini.

"Berbeza dengan PAS, isu mewujudkan negara Islam dan isu mewujudkan hukum hudud kini menjadi kian sepi dan mengendur di kalangan pemimpin PAS sejak mereka mewujudkan kerjasama dengan pakatan pembangkang antara Keadilan dan DAP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dengan wujudnya pakatan pembangkang itu, PAS kini telah tidak lagi kedengaran pemimpin parti itu melaungkan perjuangan partinya untuk melaksanakan hudud dan mewujudkan negara Islam.

Katanya, bukti dapat dilihat dengan jelas terhadap perubahan dasar perjuangan PAS itu apabila negeri Kedah, negeri yang baru dimenanginya pada pilihan raya umum 2008, masih belum terlaksana dasarnya itu.

Mustapa berkata tiada lagi kedengaran suarasuara pemimpin di Kedah untuk menegakkan negara Islam serta melaksanakan hudud di negeri tersebut walaupun mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sebagai kerajaan negeri.

"Ini jelas menunjukkan mereka mudah berubah daripada perjuangan mereka mengikut keperluan dan kehendak semasa demi menjaga kepentingan kelangsungan hidup parti," katanya.

Beliau berkata tindakan itu menunjukkan PAS tidak berdiri teguh kepada perjuangan parti dan apa yang dilaungkan oleh parti sebelum ini hanyalah gimik politik untuk menarik rakyat tanpa ada pelan pelaksanaan yang praktikal terhadap apa yang mereka perjuangkan.

Katanya, Umno lebih cekal dan teguh terhadap perjuangannya berbanding PAS yang lebih gemar bersikap retorik dan berubahubah pendiriannya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan