Penyertaan bermakna yang lebih penting daripada peraturan ekuiti 30 peratus

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyertaan bermakna dan berkesan Bumiputera dalam ekonomi adalah lebih penting dalam meningkatkan status mereka berikutan kompleksnya ekonomi hari ini berbanding 30 peratus peraturan pemilikan kaum itu dalam firmafirma tersenarai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam.

Beliau berkata pegangan minoriti 30 peratus dalam syarikat tidak menyediakan ruang untuk penyertaan perwakilan memandangkan sudah terbukti bahawa kekurangan modal menyebabkan 30 peratus penguasaan di peringkat syarikat, tidak berdaya tahan.

Berikutan saingan yang semakin meningkat dalam pasaran antarabangsa, beliau bekata garis panduan Jawatakuasa Pelaburan Asing (FIC), seperti ekuiti 30 peratus Bumiputera "menjadi instrumen yang tidak bermakna" kerana ia mengekang pertumbuhan.

"Sebabnya ialah FIC pada asasnya memberi tumpuan hanya kepada ekuiti (sedangkan) yang lebih penting bagi ekonomi Malaysia bukan ekuiti tetapi penyertaan," katanya mengulas lanjut mengenai penyahkawalseliaan garis panduan FIC yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nor Mohamed berkata penyertaan Bumiputera kini melepasi ekuiti dalam bidang seperti pekerjaan, jawatan kanan. pembangunan usahawan. pembangunan kapasiti dan pembangunan.

"Kita menjadi mesra pasaran dalam usaha mewujudkan keadaan samasama menang," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumankan pennyahkawalseliaan menyeluruh garis panduan pelaburan di bawah bidang kuasa FIC pada persidangan "Invest Malaysia" 2009.

Antara lain garis panduan itu meliputi pengambilalihan harta, pengambilalihan pegangan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan, dan layanan untuk menambah dana oleh syarikat senaraian.

Nor Mohamed berkata perbezaan utama mulai sekarang ialah syarat penawaran awam permulaan (IPO) yang antara lain termasuk 30 peratus pemilikan Bumiputera sebelum kelulusan dibenarkan untuk penyenaraian.

Bagaimanapun, beliau berkata apabila ekuiti Bumiputera dicairkan sebagai contoh, tiga tahun selepas penyenaraian, perlu ada proses penambahan dana dan untuk syarikat menambah ekuriti yang diperlukan.

Menerusi dasar baharu, ia tidak perlu lagi (penambahan dana) dilakukan.

"Ia merupakan pengumuman penting berikutan aduan mengenainya kerana ia merupakan kekangan kepada proses penambahan dana," katanya.

Nor Mohamed berkata kerajaan akan terus menyokong dan membangunkan Bumiputera sehingga berjaya selain penyertaan bagi meningkatkan pelaburan.

"Bagi menjelaskan keadaan, FIC akan memansuhkan peraturan ekuiti 30 peratus," katanya. "Bagi kami, tiada lagi FIC."

Bagaimanapun katanya: "Kita tidak boleh terkeliru dengan sebaran 25 peratus oleh SC (Suruhanjaya Sekuriti.

"Sebaran 25 peratus SC masih wujud. Lima puluh peratus kini akan pergi kepada Bumiputera" yang secara berkesannya menjadi 12.5 peratus jumlah ekuiti.

Pengerusi SC Datuk Zarinah Anwar berkata 12.5 peratus adalah syarat minimum namun jika lebih ramai Bumiputera dapat melanggan saham, ekuiti boleh melebihi 12.5 peratus."

Jika syarikat yang mahu menyenaraikan saham sudah mempunyai pemegang saham Bumiputera, paras ekuriti Bumiputera dalam syarikat itu mungkin sudah melebihi 30 peratus, katanya.

"Oleh itu, jika syarikat sudah mempunyai 20 peratus ekuiti Bumiputera dan anda tambah 12.5 peratus lagi, ia menjadi 32.5 peratus," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan