Kes liwat: Tuntutan peroleh dokumen didengar Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan hingga Jumaat ini untuk mendengar permohonan tuntutan dokumen berkaitan kes liiwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sebelum itu, peguam Anwar, Sankara Nair membuat permohonan untuk menangguhkan semua prosiding yang berkaitan di Mahkamah Tinggi sehingga urusan rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selesai.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Norin Badaruddin membantah permohonan tersebut dengan memberi alasan bahawa satu tarikh perlu ditetapkan bagi perbicaraan tuntutan ini dijalankan selum perbicaraan kes liwat ini bermula seperti yang dijadualkan pada 8 Julai ini.

Hakim bersetuju dengan pihak pendakwaan.

"Satu tarikh perlu ditetapkan memandang apa yang dijadual hari ini tergenda kerana ada prosiding di Mahkamah Rayuan.

"Jadi saya tetapkan Jumaat ini...jika prosiding di Mahkamah Rayuan masih belum selesai juga kita akan putuskan kemudian," katanya.

Kemudian Sankara sekali mencelah meminta hakim mempertimbangkan semula tarikh itu dengan alasan kemungkinan peguam utama pihak pembelaan, Sulaiman Abdullah mempunyai komitmen lain pada Jjumaat ini.

Hakim bagaimanapun meminta supaya pihak pembelaan memberi keutamaan pada kes ini.

"Saya percaya pihak pembelaan mahu kes ini diselesaikan segera, jadi berilah keutamaan pada kes ini," katanya.

Anwar tidak hadir pada prosiding hari ini kerana menghadiri prosiding di Mahkamah Rayuan.

Zabidin hari ini dijadual untuk mendengar permohonan Anwar supaya mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.

Pihak pembelaan sebelum ini telah menerima empat dokumen rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dari pengawai penyiasat dua minggu lalu tetapi mendakwa masih menunggu dokumen lain.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan