KDN, Bank Negara bekerjasama banteras judi online - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri sedang bekerjasama dengan Bank Negara bagi menghalang amalan perjudian melalui internet yang menggunakan kad kredit yang kini dilihat semakin berleluasa, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya sehingga kini, sebanyak 2,500 laman web dikenalpasti menawarkan perjudian secara online.

"Saya melihat perjudian online satu perkara serius dan kalau tidak dibendung sekarang, ia boleh menular kepada jenayah lain yang mungkin menyebabkan meningkatnya kadar jenayah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun sesetengah negara menganggap amalan berjudi secara online sebagai satu industri, tetapi di Malaysia, ia mungkin menggalakkan jenayah seperti gejala Ah Long, gangsterisme dan ragut.

"Berjudi lamakelamaan akan berhutang. Apabila tidak dapat membiayai hutang, jalan mudah untuk penuhi nafsu ketagih judi, maka akan jadilah kejadian ragut, Ah Long dan rompakan yang akan mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat," katanya. Hishammuddin berkata kebebasan internet tanpa kawalan sehingga merosakkan masyarakat boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau juga berkata sehingga Januari lepas, lebih 2,900 premis yang menawarkan aktiviti perjudian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah diserbu dengan 2,600 orang ditahan.

Hishammuddin berkata beliau turut bercadang turun padang ke kawasankawasan panas sekitar Kuala Lumpur bagi melihat sendiri kawasan yang sering dijadikan lokasi peragut.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kita dan menteri sendiri akan melihat kepada kawasankawasan panas ini untuk cari jalan bagaimana ia dapat ditangani secara menyeluruh," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan