Himpunan Pakatan tak sentuh idea kerajaan perpaduan

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemimpin tertinggi parti itu di Stadium Kelana Jaya malam tadi. Foto THE STAR Oleh: BRIAN MOH.
Kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemimpin tertinggi parti itu di Stadium Kelana Jaya malam tadi. Foto THE STAR Oleh: BRIAN MOH.

PETALING JAYA: Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini malam tadi diadakan tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS manakala pemimpin-pemimpinnya pula tidak menyentuh isu idea kerajaan perpaduan yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Acara yang diadakan untuk 'merayakan' kejayaan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan menarik kehadiran sekitar 5,000 hadirin.

Ia berlangsung malam tadi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Kelana Jaya dekat sini.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, yang dijadual untuk turut menyampaikan ceramah bagi menyentuh idea kerajaan perpaduan jugatidak hadir.

Beliau sebelum ini menolak keras cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat dianjurkan bagi membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih kukuh selepas dikatakan berpecah - buat pertama kali - ekoran isu kontroversi kerajaan perpaduan.

Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan pada 22 Jun lalu.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu ialah Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Hadi yang menjadi pencetus idea pembentukan kerajaan perpaduan itu juga tidak menyentuh mengenai perkara tersebut dalam ucapannya. Sebaliknya beliau hanya menyentuh mengenai kepentingan ikatan Pakatan Rayatuntuk mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka sebagai persediaan kepada matlamat untuk mengambil alih pemerintahan negara.

"Pakatan Rakyat perlu menjadi satu pakatan yang matang untuk mentadbir negara.

"Kita perlu perkukuhkan perpaduan sesama kita kerana BN (Barisan Nasional)adalah sebuah parti yang semakin uzur," kata beliau.

Jelas beliau, PAS sebagai sebuah parti yang bertunjangkan Islam amat mengutamakan perpaduan di kalangan umatnya namun tetap mengutamakan kesaksamaan kepada bukan Islam.

"Sebagai umat Islam kita perlu menunjukkan model perpaduan kerana Islammengajar erti perpaduan dan seterusnya menegakkan kesaksamaan.

"Walaupn orang itu musuh kita, tetapi Islam menuntut kita untuk berlaku adil kepada mereka.

"Malam ini membuktikan kejayaan yang besar dan kita berharap ia dapat memberi isyarat bahawa rakyat akan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar pula menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bersatu dan memiliki pendirian yang sama dalam banyak perkara.

"Kita bersatu dan memiliki pendirian yang sama terutamanya dalam isu menuntut agar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dimansuhkan.

"Pendirian kita jelas berhubung isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi," katanya.

Penasihat PKR itu juga menyentuh mengenai isu rasuah terutamanya yang didakwa melibatkan pemimpin Umno dan BN.

"Kita menolak pemimpin Umno-BN yang mengamalkan rasuah sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.

"Konsep 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk (Seri Mohd) Najib (Tun Razak) tidak bermakna jika masih ada rakyat yang teranianya akibat amalan rasuah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan