H1N1: 38 lagi kes baru dikesan

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah 38 kes baru influenza A (H1N1) dikesan sehingga pagi ini yang terdiri daripada 33 kes import dan lima kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 196 kes.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata daripada 38 kes itu, 30 kes melibatkan warga Malaysia dan lapan warga asing.

"Lapan warga asing itu ialah lima dari Indonesia, masing-masing satu dari Sweden, Palestin, dan Argentina," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara kes tempatan pula melibatkan tiga kes pelajar dari Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala Lumpur, dua kes adalah kontak kepada kes import ke147 dan satu kes kontak kepada kes ke-143.

Liow berkata sehingga kini seramai 86 pesakit masih menerima rawatan dan 110 telah sembuh sepenuhnya.

"Penutupan sekolah pula masih kekal dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Tsun Jin Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban. Jumlah kes kuarantin pula ialah 4,668 dan tempoh kuarantin berakhir pada Jumaat ini," katanya.

Liow turut mengumumkan penambahan 29 klinik Kesihatan di seluruh negara dan lima hospital swasta di Lembah Klang untuk menyediakan khidmat pengambilan sampel bagi kes yang disyaki H1N1 atau juga dikenali sebagai selesema babi.

Lima hospital itu ialah Sunway Medical Centre, Pantai Medical Centre, Sime Darby Medical Centre, Gleaneagles Intan Medical Centre dan Prince Court Hospital.

Beliau juga berkata penggunaan 'rapid test kit' juga tidak dibenarkan untuk menjalankan ujian influenza A H1N1 kerana ujian itu tidak sensitif dan spesifik untuk mengesan jangkitan H1N1.

Menteri itu juga menjelaskan penumpang dalam penerbangan yang sama dengan kes yang disahkan dijangkiti H1N1 tidak semuanya akan dikuarantin kecuali penumpang di tiga barisan hadapan dan tiga barisan belakang kes.

Sementara itu, Liow mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah mengenai penularan H1N1 di negara ini kerana walaupun ia masih terkawal dan belum mengakibatkan kematian tetapi tahap penularannya adalah serius.

"Ramai mengatakan wabak ini tidak mempunyai fataliti yang tinggi, tidak serius, tapi saya nak tegaskan di sini wabak ini adalah wabak yang serius.

"Semua pihak perlu beri perhatian berat dan mengambil langkah berjagajaga kerana wabak ini akan terus menular dalam negara kita," katanya.

Beliau menasihatkan semua pihak termasuk syarikat perniagaan dan kilang untuk mengambil langkah berjagajaga mulai sekarang bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

"Persiapan awal dan langkah berjagajaga penting kerana apabila berlaku jangkitan kemungkinan memaksa premis perniagaan ditutup yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan," katanya.

Orang ramai dan pelajar sekolah juga dinasihat memakai topeng muka terutamanya mereka yang menghidap selesema atau batuk, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan