Zambry: KPI kriteria utama pencalonan wakil rakyat PRU ke-13

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PANTAI REMIS: Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan menjadi kriteria terpenting bagi pencalonan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Perak pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata ini bagi memastikan Adun dan anggota Parlimen di negeri itu tidak hanya menjalankan tugas ketika menjelang pilihan raya sahaja.

"Indikator utama yang ditetapkan adalah bagaimana segera wakil rakyat boleh menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis dailog bersama rakyat di Arena Square di Pengkalan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata gerak kerja dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh setiap wakil rakyat akan dipantau melalui KPI berkenaan. Bagaimanapun, katanya ada sebahagian masalah rakyat tidak dapat diselesaikan segera oleh wakil rakyat kerana wujud halangan daripada segi pentadbiran dan kerenah birokrasi.

Zambry berkata kerajaan negeri berusaha menggunakan pendekatan terbaik untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan halangan lain dalam menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya ambil contoh, masalah besar rakyat adalah berhubung tanah dengan melibatkan pejabat daerah dan tanah. Ada yang belum dapat geran tanah walaupun sudah tinggal 50 hingga 60 tahun dan semua perkara (masalah yang disuarakan) saya bincangkan dengan setiausaha kerajaan negeri, pegawai daerah dan pasukan kita," katanya.

Ketika diminta mengulas pendekatan sesi bertemu rakyat dan penyelesaian "segera" yang dilakukan oleh beliau itu memperlihatkan seolaholah wakil rakyat tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasan berkenaan, Menteri Besar berkata kerajaan negeri dan wakil rakyat saling melengkapi.

"Kita saling melengkapi antara satu sama lain, saling membantu kerana ada perkara yang wakil rakyat tidak dapat selesaikan dan ia juga masalah yang mengambil masa yang agak lama...kaedah saya kita bergerak dengan satu pasukan dengan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah rakyat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan