Usul Anwar bincang jambatan kedua Pulau Pinang ditolak

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan cadangan projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang atas alasan kosnya terlalu tinggi.

Usul beliau ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di kamarnya atas alasan telah menerima usul lain terlebih dahulu pagi ini.

Dalam usulnya, Anwar berkata, Dewan Rakyat perlu membincangkan cadangan projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang memandangkan kos projek tersebut adalah terlalu tinggi berbanding cadangan laluan alternatif yang mampu menjimatkan RM4 bilion dana awam.

Pada Ogos 2006 kerajaan persekutuan mengumumkan projek pembinaan jambatan kedua itu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan upacara perasmian pecah tanah telah disempurnakan pada 12 November 2006.

Pembinaannya menggunakan laluan selatan dengan jarak 24 kilometer dengan kos keseluruhannya melibatkan RM12 bilion dan dijangka siap pada pertengahan 2012.

"Menurut sumber industri, saya difahamkan bahawa projek yang sedia ada ini tidak wajar diteruskan kerana ia melibatkan kos pembinaan yang terlalu tinggi.

"Saya difahamkan juga bahawa adalah lebih wajar untuk membina projek jambatan kedua ini dengan menggunakan laluan alternatif melalui laluan utara.

"Laluan tersebut ternyata lebih dekat dengan hanya berjarak 10 kilometer serta melibatkan anggaran kos keseluruhan yang lebih rendah berjumlah antara RM7 hingga RM8 bilion," kata Anwar.

Laluan utara dijangka boleh hubungkan Batu Kawan dan Bagan Jermal.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan