SIAP boleh siasat pegawai penguatkuasa tanpa aduan

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) 2009 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, yang antara lain memberi kuasa kepada badan itu menyiasat salah laku anggota penguatkuasaan walaupun tanpa sebarang aduan daripada manamana pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata SIAP apabila ditubuhkan kelak mempunyai kuasa menyiasat salah laku pegawai penguatkuasa jika ia berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang signifikan kepada orang awam atau demi kepentingan awam.

"Dengan adanya SIAP, mana-mana orang awam yang tidak berpuas hati dengan apaapa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota penguatkuasaan boleh membuat aduan salah laku kepada SIAP untuk disiasat.

"Siasatan Suruhanjaya dibuat secara telus, dengan mengadakan pendengaran umum dan bukannya pendengaran tertutup," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang SIAP, di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri dalam penggulungannya menolak dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang menyamakan SIAP dengan pejabat pos, iaitu hanya tempat persinggahan, sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa tatatertib atau jawatankuasa aduan pihak berkuasa lain.

"Pejabat Pos ni Yang Berhormat dia periksa sahaja, tetapi SIAP ini kita ada pemantauan sebab itu ada tempoh... sekurang-kurangnya 14 hari (untuk tindakbalas dan laporan balik kepada SIAP) dan juga pendengaran awam.

Kerajaan juga, katanya, tidak berhajat menjadikan SIAP untuk mengambilalih kuasa badan disiplin sedia ada, sebaliknya SIAP adalah untuk memastikan aduan orang ramai terhadap anggota penguatkuasaan diambil tindakan.

Oleh itu, katanya, semua pihak khasnya pembangkang perlu memberi peluang kepada penubuhan SIAP dan bukannya menghentam dan meletak tanggapan negatif sebelum menubuhannya lagi.

Mengenai sama ada SIAP boleh menyiasat keskes salah laku yang terdahulu, Mohamed Nazri berkata akta itu hanya terpakai bagi aduan yang dibuat pada atau selepas akta itu mula dikuatkuasakan.

Mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Mohamed Nazri berkata kerajaan berpendapat ia tidak perlu memandangkan SIAP mempunyai fungsi serupa dan boleh menjalankan pemantauan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai salah satu agensi penguatkuasaan.

IPCMC juga, katanya mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas dan bertentangan dengan konsep Perlembagaan, rukun undang-undang dan undang-undang sedia ada.

"Jika objektif IPCMC adalah untuk banteras rasuah dan salah laku, ia harus dipakai oleh semua agensi penguatkuasaan dan bukan hanya PDRM, ini lebih adil dan sama rata. Kenapa perlu bezakan pegawai penguatkuasaan dari agensi lain. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan